Klik klik

Isnin, Jun 01, 2009

seminggu yang penuh dugaan

hari ini aku kembali ke blog ini...
lebih seminggu aku bagai 'terputus hubungan' dengan dunia luar
tv dan suratkhabar bagai tak memberi apa2 makna
komputer di rumah pula rosak dan tak memungkinkan aku melayari internet
nak gunakan laptop angah - dia pulak bagaikan 'melekat' dengan laptopnya
malas aku nak kacau.....

aku menjaga bapa
bagaikan menjaga seorang bayi
bila bapa tak lena di waktu malam
aku juga turut tak lena

pagi2 aku akan mandikan bapa (sebenarnya hanya lap seluruh badannya
dengan air sabun dan bilas dengan air suam)
kemudian suapkan bapa sarapan
biasanya hanya biskut dan susu panas
(bapa seolah2 telah hilang selera makan)
bila bapa dah selesa dan tidur di nwaktu pagi
aku juga akan ambil kesempatan untuk tidur
sebelum meneruskan rutin harian - memasak/membasuh/mengemas dsbgnya...

dugaan datang tanpa diminta atau diduga

rabu malam - badan adik (sibongsuku) mula panas
adik sebenarnya akan tidur denganku walau di mana saja..
jadi, bila aku tidur di ruang tamu menemankan bapa,
adik akan turut serta...

panas badan adik agak tinggi
aku kejutkan suami agar hantar adik ke klinik..
tapi - biasalah orang lelaki (walaupun bukan semua)-
tahap 'kesabaran' mereka memang tinggi...
anak dah demam pun, masih boleh bertangguh untuk bawa ke klinik..

suamiku hanya menghantar adik ke hospital pada jam 6 pagi khamis
suhu badan adik dah cecah 40C ..
adik di masukkan ke wad...

bermula pula rutin baru buatku

pagi ini aku datang ke pejabat dari hospital
sudah 4 malam aku bermalam di hospital menemankan adik
rasanya hendak saja aku mengambil cuti, tapi memandangkan
aku baru saja mengambil cuti selama seminggu
dan hari ini baru saja masuk 1 Jun,
aku terpaksa juga melangkah ke pejabat....

semasa menjaga adik di hospital
aku juga terpaksa bekejar balik ke rumah
untuk menguruskan bapa...

sesekali adik2ku datang membantu
tetapi iyelah...
naluri ibubapa -
anak2 di utamakan w/pun belum pasti
anak2 itu akan menjaga kita
sebagaimana kita 'menatang' mereka....

syukurlah cuti sekolah telah bermula
adik iparku dari ipoh sanggup datang
untuk membantu menjaga bapa

aku terima semua ini
sebagai ujian yang telah Allah tentukan buatku.......

2 ulasan:

  1. Salam kakciks,

    Semoga ayah kakciks sembuh begitu jugak adik. Ayah sakit apa ya?

    Baca kisah mandikan ayah nii....kebetulan anak perempuan sy pun baru pertama kali mandikan sy minggu ni.Isteri sy tak sihat.

    Kita sebaya ya kakciks!

    BalasPadam
  2. sakit bapa bermula dengan susah nak kencing...
    apa yang kakcik takuti, kesakitan itu itu telah melarat menjadi kanser... mudah2an dijauhkan Allah hendaknya.....

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...