Klik klik

Jumaat, Julai 24, 2009

Susah sangat ke???

Peliklah aku memikirkan sikap manusia ni.

Yang berjawatan tinggi satu hal, yang berjawatan rendah pun adakalanya sama saja.
Susah sangat nak menghulurkan salam atau menghadiahkan senyuman. Usah kata nak memulakan, kalau ada orang lain yang mulakan pun, boleh pula memandang ke arah dinding atau tembok yang kaku dari membalas salam atau senyuman. Kalau pun membalas, dengan bibir yang di senget ke tepi, sinis kononnya!

Kalau sekali dua, mungkin juga boleh di katakan 'tak perasan' atau pun, sedang dalam mood 'datang bulan'... Tapi, kalau acapkali atau saban waktu bersikap begitu, apakah tafsiran yang boleh dibuat????

2 ulasan:

  1. Salam Kakciks,
    Zai pun tinggal dikawasan kejiranan yg bersifat mind your own business..kebanyakannya bekerja jadi ada yg langsung tak sempat berkenalan dan tak kenal..tapi zai ni jenis suka senyum walaupun pada orang tak kenal maklumla adat hidup berjiran tapi tula kadang2 sedih bila ada jiran2 baru yg terlalu sombong langsung buat tak tau jer..masyaAllah knpla orang islam sendiri buat perangai madam tu..

    BalasPadam
  2. Salam Zai...
    hal yang kakcik ceritakan itu bukan hanya berlaku di kwsn kejiranan, di mana kdgkala nak bertemu jiran sebelah rumah, berbulan-bulan pun tak nampak muka..tapi, di pejabat yang bertemu muka setiap hari tapi macam langsung saling tidak mengenali!

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...