Klik klik

Selasa, September 29, 2009

Demam

Dari semalam lagi... badan menggigil-gigil, batuk dan selsema. Dah sedut gas, jadi terketar-ketar pulak. Kain baju pun tak habis lipat dan susun lagi. Malam tadi cuma sempat jahit kski (pendekkan) 3 pasang seluar kerja Along yang baru dibelinya. Gosok pakaian kerja suami dan Along yang dah seminggu tak gosok. Lipat kain baju sebakul (sebakul lagi dah tak larat).. pas tu dummmmmm atas tilam. Bangun sekejap untuk makan sebiji burger yang dibelikan Along dan dummmmmmm balik. Pagi ini cuma masak nasi, goreng ayam dan goreng telur. Teh O juga siap dibancuh. Ikutkan hati memang tak larat sangat nak pergi pejabat. Apakan daya, cuti dah tinggal seciput.....

10 ulasan:

  1. Salam Lebaran Kakcik Seroja,

    Alahai kesiannya, ini demam penangan raya sakan lah tu....Jagan lupa makan ubat dan jaga diri baik-baik. Tahun ni balik kampung mana kakcik?

    BalasPadam
  2. Salam Kak Cik...

    Demam yer kak cik, kesian plak zai dengar..kalau dok dekat2 boleh gak p ziarah..Jangan lupa makan ubat, minum 100 plus banyak dan rendam kaki dalam air panas taruk garam sikit dan bagi kuar semua caj2 negatif kat badan tu k..

    BalasPadam
  3. Salam Zed

    ni tgh gigil2 badan ni.. nak kata penangan kuih raya, mungkin tidak. Kakcik penat sangat kot...

    BalasPadam
  4. Salam Zai,

    kakcik baru lepas telan panadol 2 biji.. tadi 'berkurung' kat surau.. tekak perit sangat. Alangkah bahgianya, kalau ada yang sudi urut2 badan kakcik ni... (sayangnya Zai jauh..)

    BalasPadam
  5. kena jumpa doktor tu ...nanti melarat. kalau dapat MC, tak payahlah tolak cuti rehat.

    BalasPadam
  6. Tengoklah nanti AL..

    kalau melarat sampai petang ni, mungkin kakcik pergi klinik...

    BalasPadam
  7. Kakcik pegi le ambik MC, takkan doktor tak bagi pulak.

    BalasPadam
  8. Kalau doktor tu tak bagi, kakcik selamba je minta (sbb dah x larat), Zool.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa saja..saya sedia membaca...