Klik klik

Isnin, November 30, 2009

Sunyi la pulak...



Balik nanti mesti rasa kosong je... dua beradik ni tak ada nak dijerit-jeritkan :)

Kolam itu pun, itulah terakhir mereka menggunakannya.. dah rabak dikerjakan masa mereka mandi.. hmmmmm...

Cinta Baru?


Malam tadi, kami tinggal 3 beranak je.. bangcik dan adik mengikut adikku. Maklumlah cuti sekolah.. masing2 seronok nak bermain dengan sepupu2. Jangan nanti sekejap2 telefon, mengadu itu ini dah la..

Along kalau ada kat rumah pun, banyak terperap dalam bilik je..

Dah tak ada sesiapa, aku berehat je la.. Suami pulak ambil kesempatan mengemas rumah. Dengan bertuala.. menyedut habuk di sana sini. Rajin juga suamiku ni tau.. padahal siang tu sibuk kat tempat acara Qurban di Selayang. Setakat menyibuk je sebenarnya.. bukan dia yang menumbangkan lembu tu.

Tiba-tiba telefon rumahku berdering. Telefon rumah ni memang jarang sangat berbunyi.. Masing2 lebih suka menggunakan telefon bimbit je. Bila aku angkat telefon, suara perempuan dengan nada yang perlahan dan syahdu berkata..'kak, abang ada? nak cakap dengan dia boleh?'... disebabkan bunyi penyedut hampagas yang kuat, berkali-kali aku melaung 'abang..abanggggggg'. Suamiku mengangkat telefon di atas dan aku meletakkan semula gagang di bawah. (Aku kan sporting..hehehe...).

Lama juga suamiku bercakap. Suaranya pun kuat. Siap gelak ketawa lagi!. Tapi ada aku kisah? :)

Sebenarnya, suamiku sedang melayan luahan perasaan isteri kepada temannya. Siisteri mengadu yang sekarang suaminya sudah pandai bersms dengan seseorang. Siap bersayang-sayang lagi! Yang jumpa sms tu pula, anak kepada pasangan ini. Aduhai lelaki... setelah berbelas tahun hidup bersama... apakah baru perasan ada kekurangan pada isteri sendiri. Ataupun, sengaja suka ingin bermain api??

Ahad, November 29, 2009

Nak merungut juga!


Siapa yang suka sangat merungut tu???

Akulah.. siapa lagi?

Pasal apa nak merungut?

Macam mana tak merungut?

Asal hari cuti je.. semuanya macam tak reti-reti nak bangun. Lepas Subuh, tidur balik... selagi matahari tak memancar terik, tak bangun. Kalau cuaca redup atau hari hujan.. lagi sedap tarik selimut. Bila bangun nanti, tengok apa yang ada bawah tudung saji. Letak bantal dengan selimut bawah tudung saji tu, baru tahu!

Semalam balik dari lapangan terbang dah dekat pukul 1 pagi. Penerbangan Suami dari Kuching yang sepatutnya berlepas jam 7 petang hanya terbang pada jam 10 malam. Tapi, pagi ini aku boleh bangun seperti biasa. Sediakan sarapan seperti biasa. Sekarang aku nak rehat depan TV je. Tunggu lelaki-lelaki Melayu terakhir kat atas tu bangun tidur...

Sabtu, November 28, 2009

Sarapan Quaker Oat

sambil mengadap Konsert Alam M.Nasir di TV.

Mesin basuh sedang 'membasuh kain'.
Adik ngan bangcik serta 2 sepupu mereka masih tidur.
Suami di Kuching - pagi2 dia dah telefon tadi.. dah nak bergerak ke tempat acara Qurban dijalankan.
Along dah ke masjid semula untuk bergotong royong menyempurnakan acara Qurban.
Angah di Banting... suruh balik tak mahu, entah macamanalah mengulangkaji sampai tak nak balik. Isnin ni dia ada ujian akhir semester sebelum bercuti panjang.

Sekejap lagi nak goreng nasi je untuk anak-anak yang masih lena diulit mimpi tu..

Jumaat, November 27, 2009

Aidiladha yang sepi..

Tiada hidangan raya
tiada kemeriahan raya
hanya masak yang biasa-biasa
ikan merah kukus, siakap goreng garing, sup sayur, telur dadar dan sambal belacan.

Sekejap lagi akan menjenguk bapak di rumah adik perempuanku bersama adik yang seorang lagi.

Selamat hari raya aidil adha khusus kepada yang ada nama Adzha atau Azha atau yang hampir2 sebutannya dengan Aidil atau Adha..

Khamis, November 26, 2009

Salam Aidiladha


Untuk yang menggunakan kenderaan darat, laut mahupun udara - selamat sampai ke destinasi masing-masing dan selamat kembali dari mana langkah bermula.

Untuk yang berkorban - dalam bentuk apa saja - ikhlaskanlah pengorbanan itu.

Kepada yang bercuti - semoga dapat bertemu kembali dengan cerita baru dan mungkin juga semangat baru.

Semoga selamat segala-galanya... mohon maaf andai ada tersinggung jiwa tersentuh rasa - ikhlas dari kakcik.

Alahai BSN!


Sudahlah terpaksa menunggu berbulan untuk dapatkan balik lebihan bayaran yang dibuat, bila dapat cek - nama pulak salah ejaannya. :( Kenapalah boleh jadi macam tu? Sepatutnya, dah kerja di bank, mestilah tahu syarat-syarat untuk cek itu LAKU. Lagipun, nama bukannya mainan.. bawak ke mati oooo... Ini yang buat rasa nak menyumpah dah mencarut je... MAKAN GAJI BUTA KE???

Rabu, November 25, 2009

Lagi lagi gambar..





Gambar lagi





Jawab TAG dari NJ

1. Anda rasa anda HOT?

mak aih.. zaman HOT dah lama berlalu.. Sekarang ni jangan kata suam kuku, suam cagu pun dah tak ada.. dah masuk tahap dingin beku dahhhhhh :)


2. Upload gambar kegemaran anda



3. Tentang gambar ni kan...

Syhhhhhhh... gambar asalnya berdua tawwwww....Kena edit sbb bukan dengan En. Suami!. Gambar ni di rakam di Restoran Atas Air, Pulau Aman, Perak. Masa ni, dalam perjalanan balik dari kerja luar di Pulau Pinang. Suka gambar ni sebab wajah nampak 'kurus' (perasan la tuuuuuuuu) dan nampak ceria...

4. Bila kali terakhir anda makan pizza??

Bila ek??? dah lama laaaa.. tahun lepas kot!

5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Lupa la pulak! (tanda-tanda dah tua la tuuuuuu). Tak silap pagi tadi masa dalam perjalanan ke pejabat, terdengar lagu Aku Sayang Rindu Kamu nyanyian Black Mentor.. wakakaka.. kalah orang muda, youuuuuu.....

6. Apa yang anda buat selain menyiapkan TAG ini?

Buat bodoh je.. tak ada orang mintak bancuhkan air.. bolehla jawab TAG..hehehe..

7. Selain nama anda sendiri.. anda dipanggil nama apa?

Jarang ada orang panggil nama penuh, melainkan kalau berurusan di kaunter hospital atau bank (itupun selalunya dipanggil nombor je!). Selain itu, anak-anak dan anak-anak saudara panggil MAK, Suami dan makbapak termasuk mertua panggil NOR (mak dan bapa mertua dah tak ada.. kembali kepada Maha Pencipta), adik-adik termasuk adik-adik ipar panggil KAKCIK, kawan-kawan ada yang panggil KAKCIK, BONDA, KAK JU atau KAK NOR atau JU.

8. TAG lagi 6 orang

1 - 6 : sapa-sapa sudi, jawab le TAG ni, kakcik tak sampai ati nak letak nama - takut ada yang majuk lak tak mo kawan ngan kakcik..hehehe...

soalan 9 sampai 13, kakcik tak payah jawab.. sebab tak ada nama di atas! lalalala...

Selasa, November 24, 2009

Lagi gambar...





Catatan Perjalanan 1






Kami bergerak ke Utara pada 18/11/2009 petang. Setelah singgah beberapa kali termasuk berhenti untuk makan minum, kami tiba di Pendang Lake Resort lebihkurang jam 10.00 malam. Dah samapi malam-malam tak celik tu, nak buat apa lagi selain dari tidur, kan?

19/11/2009, kami menyertai rombongan Intergrasi dari Sabah dan Sarawak ke Homestay, Kg. Raga, Yan. Sepatutnya, dari Kampung tersebut, kami akan ke Kuala Perlis untuk menginap di Putra Brasmana Hotel. Malamnya ada pertandingan futsal antara rombongan dari Sabah/Sarawak dengan pasukan dari Kedah/Perlis. Bagaimanapun, rancangan terpaksa bertukar. Suami dapat arahan untuk terus ke Langkawi. Jadinya, petang itu juga kami menaiki feri jam 4.30 ptg - tiba di jeti Kuah jam 5.30ptg. Cuaca? Hujan.

Kami menginap di Bayview Hotel. Selepas mendaftar masuk, kami turun semula untuk 'JJCM'. Sewaktu duduk di lobi, baru aku perasan, pergelangan kaki kiriku membengkak tanpa rasa sakit!

Sebenarnya, tak banyak yang hendak kuceritakan. Dengan hujan sepanjang hari, nak jalan-jalan pun tak seronok. Kedatangan kami kali ini, tidak menemukan dengan makanan yang mengujakan. Kami jejaki kembali restoran Sunflower tempat kami pernah menikmati makanan Melayu yang sedap suatu waktu dulu. Rupanya, tempat tersebut telah bertukar tangan menjadi Malay House. Harapkan harga makanan saja yang 'mahal gila'. Semangkuk mi kari udang (dengan 2 ekor udang) berharga RM13.90 - rasanya lebih sedap mi kari yang kumasak sendiri! Anak-anak makan Kid Set beharga RM18.90 setiap satu... hmmmmm... x boleh nak komen la.. sendiri yang pilih kan??

Nasib baiklah anak-anak lebih teruja untuk berendam di kolam mandi. 2 kali sehari mereka berendam. Hari Sabtu malam, aku menyertai suami ke Majlis Meraikan Para Pesara Syarikat yang bersara pada tahun 2009 dari seluruh Malaysia. Hari Ahad 22/11/2009 kami keluar dari Langkawi dengan feri jam 5.30 petang ke Kuala Perlis. Kali ini, baru kami menginap di Putra Brasmana Hotel.

23/11/2009 - Makan pagi merangkap makan tengahari di Restoran Sri Pumpong, Alor Star. Mak angkat suami yang belanja. Memang berbaloi kerana dengan hidangan yang bermacam-macam - ikan, sotong, ayam, kepala ikan, ketam, ulam sambal, minuman yang dimakan oleh 7 orang, hanya RM116.00 sahaja (bukan kerana orang belanja, kalau sendiri bayar pun, memang berbaloi-baloi rasanya...)

Kami sampai di rumah jam 6.15 petang.

Tips dari Azhar Sulaiman

Salam semua..

sebelum kakcik kongsikan catatan perjalanan/percutian kakcik, pagi ini kakcik nak kongsikan dulu satu tips yang kakcik dengar pagi ini. Dalam perjalanan ke pejabat tadi, kakcik mendengar siaran radio Hot.FM.

Azhar Sulaiman yang menggantikan Farah Fauzana buat sementara, memberikan tips sekiranya kereta yang kita pandu memasuki laluan yang ditakungi air. Dia kata, masuk gear satu dan tekan pedal minyak tanpa berhenti sambil teruskan pemanduan. Dengan berbuat demikian, air tidak akan memasuki enjin kereta. Sekiranya kita berhenti menekan pedal minyak, air akan masuk melalui eksoz dan seterusnya memasuki enjin. Ini akan menyebabkan enjin rosak dan perlu di overhaul.

Ok kawan-kawan... mudah-mudahan tips ini ada faedahnya buat kita dalam keadaan hujan dan air naik tanpa dijangka sekarang ini.

Isnin, November 23, 2009

Kakcik dah balik

Assalamu'alaikum kepada semua yang sudi singgah kat rumah kakcik ni..

kakcik dah balik.. nak sapu sawang dulu.. nanti boleh buat hidangan baru :)

tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.........

Rabu, November 18, 2009

Balik lambat lagi...

Petang semalam ada perbincangan dengan boss. Mula jam 3.00 petang, habis jam 5.30 petang. Sesekali En. Suami tunggu, apa salahnya kan?

Tak sempat solat Asar, aku keluar dari pejabat. Sebenarnya, suami ada urusan di Putrajaya. Aku cadangkan pada suami, tak payahlah balik ke rumah, kita terus saja ke Putrajaya. Suami bersetuju. Jadinya, dari pejabat aku, kami terus menuju ke Putrajaya. Kami singgah solat Asar di Hentian Seri Kembangan. Malangnya, telekung yang biasa ada dalam kereta telah aku keluarkan sewaktu aku ke Sabak Bernam hari Isnin lepas. Jadi, aku berharap ada telekung yang disediakan di Surau hentian tesebut. Memang ada - 3 helai telekung dan hanya sehelai kain! Itupun sedang digunakan. Terpaksalah aku menunggu giliran. Nasib baik ada seorang wanita yang usai solat sudi meminjamkan telekungnya untuk kugunakan.

Tiba di Putrajaya, aku dan suami menunggu masuk waktu Maghrib dan menunaikan solat sebelum ke tempat tujuan. Tujuan kami ialah ke rumah Pengurus Kanan Perhubungan Korporat Syarikat tempat suamiku bekerja. Dia mengadakan jamuan makan malam untuk kontijen Sabah dan Sarawak yang sampai pagi tadi. Kontijen ini akan bergerak ke Kedah selepas makan malam tersebut. Aku kan penyibuk! Jadi bila suami mengalu-alukan kedatangan rombongan itu, aku pun turutlah sama jadi mak kepoh.. kan..kan..kan..

Jamuan tersebut lewat lebihkurang 45 minit untuk dimulakan kerana menanti ustaz yang sepatutnya datang untuk membaca doa, tapi terlewat sampai! Akhirnya majlis terpaksa dimulakan dengan doa dibaca oleh 'ustaz bidan terjun' (huh... nak harap En. Suami? dia kata ilmunya dah habis turun kat Along.. tak tinggal lagi kat dia.. ada kaaaaa..)

Selesai makan, kami meminta diri dari tuan rumah dan kontijen tersebut untuk balik ke rumah. Sampai rumah dah 9.30 malam. Ada dua bakul kain baju menunggu untuk dilipat. Dua beg besar dah menanti untuk dimasukkan isi. Aku kena bereskan semua itu. Termasuk meja makan yang mesti dikemaskan. Adoiiii....

Semuanya selesai jam 11.30 malam. Pagi ini, bangun sebelum 5.00 pagi, kemas lagi apa yang patut. Tak masak pagi ini. Cuma bancuh air je. InsyaAllah, lepas pejabat nanti, kami akan menyusul ke Kedah..

Selasa, November 17, 2009

Anak-anakku






ada siapa-siapa nak buat calon menantu??? :)

Nak kena buat...


Kemaskan kain baju ke dalam beg...

belum boleh buat. Sebab? semalam langsung tak ada cahaya - kain baju di ampaian semua belum kering..

Malam tadi sampai rumah pukul 8.30. Mana boleh terus bummmm... banyak nak dibuat. Kemaskan meja makan. (Syyhhhhhhhh.. smlm tak mandi tauuuuu... dah malam.. takut tambah sakit kaki ;)...) Gitu gini, pukul 10.00 lebih kut baru bawak-bawak pejamkan mata. Pagi ni, macam biasa.. kul 4.00 lebih dah terjaga. Golek-golek ke kiri ke kanan dulu.. dekat pukul 5.00 baru bangun. Biasalah.. tugas wajib.. masak. Pagi ni masak sotong dan ayam. Ayam masak merah. Sotong masak apa entah.. gaul serbuk lada hitam, garam, kunyit. Letak hirisan serai, daun kunyit dan asam keping. Masuk dalam kuali, letak atas api.. dah empuk, angkat.

Mudah2an hari ini terang benderang, panas memancar. Keringlah kain di ampaian. Malam ini, nak kemas beg.. nak masukkan terus ke dalam kereta. Esok, InsyaAllah lepas waktu pejabat nak terus bergerak ke Utara. Semoga segalanya selamat.

Isnin, November 16, 2009

Dari Institut Perakaunan Negara


Hari ini bangun seawal 4.00 pagi. Masak untuk anak-anak. Lepas solat subuh, keluar. 6.00 pagi sampai kat pejabat. Dari pejabat naik kereta pejabat ke IPN, Sabak Bernam. Sampai di sini pada jam 8.10.

Ahad, November 15, 2009

Masak apa hari ini??

Masak rendang ayam, terubuk masin goreng dengan bawang besar & cili kering, sambal belacan dan masak lemak pucuk paku bersama tempe... Banyak kan?? :)

Sabtu, November 14, 2009

Sabtu - 14/11/2009

Hari ini bangun jam 5 lebih. Turun ke bawah, masak air. Sementara itu, tonton TV - Rona Roni Makaroni. Selepas solat Subuh, keluar rumah dengan En. Suami (jam 6.15 pg) ke Chow Kit. Kira 'Hari Ini Dalam Sejarah' la. Selalunya, En. Suami tu, kalau diajak ke pasar pagi-pagi, dia akan kata, 'orang yang jual tu pun belum bangun lagi'.

Ada sebabnya pergi pasar pagi-pagi. Ikuti kisah seterusnya..hehehe.

Dari pasar, singgah beli nasi lemak di Kg. Baru. Dalam perjalanan balik, singgah di gerai makan roti canai dan minum milo ais. Balik ke rumah, bersihkan ayam dan sotong yang dibeli tadi. Jam 8.00 pagi, suruh bangcik dan adik mandi. Siap-siap untuk keluar. 8.45 keluar menuju ke Seksyen 23, Shah Alam.

Sebenarnya, hari ini suami ada tugas khas sebagai pengiring dari Syarikatnya kepada rombongan anak-anak sekolah yang terpilih dari seluruh Perlis dalam lawatan mereka ke Kilang Roti Gardenia. Jam 10.00 pagi bas rombongan sebanyak 2 buah tiba di kilang tersebut.

Jam 11.30, kami mengiringi rombongan tersebut ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI) untuk jamuan makan tengahari. Memandangkan anggota rombongan tersebut sudah cukup ramai dan restoran berkenaan bagai tidak cukup ruang, aku memberitahu suami yang aku mahu membawa bangcik dan adik untuk makan di Restoran Santai yang berhampiran. Ops! aku bukan sombong.. tapi, aku tak mahu menganggu bajet yang telah ditetapkan untuk para pelajar dan guru tersebut.

Di Restoran Santai, menu kegemaranku sudah tentu Mi Bandung. Adik dan bangcik makan nasi dengan lauk-pauk yang sesuai dengan selera mereka - telur bungkus, telur dadar, sayur campur dan sotong goreng tepung. Minuman ikut selera masing-masing, yang pasti air kosong mesti ada sekurang2nya 3 gelas.

Tugas suami hanya sampai di TTDI sahaja kerana selepas itu, rombongan tersebut punya acara lawatan mereka sendiri. Dari TTDI, kami anak beranak terus saja menuju ke Banting untuk berjumpa Angah dan menghantar sedikit barang dapur untuk keperluannya.
Di Banting, sempat singgah di Kedai Cendol yang dicadangkan oleh Adik (Rahmah@Akak).

Sampai balik ke rumah dah 4.30 petang.. penat weh!

Sekian...laporan untuk hari ini :)

Khamis, November 12, 2009

Bersinarlah duhai mentari



jengahkan wajahmu di sebalik awan
sinarilah alam yang kelam
izinkan bayu berpuput
bersama kehangatanmu

Rabu, November 11, 2009

Seandainya Mampu, Hulurkanlah Bantuan

(dari blog http://saifulislam.com)



Kesihatan Ahmad Khariri al-Hadi sentiasa terumbang-ambing.

Komplikasi yang dialami kesan daripada pendermaan hati yang dilakukannya dulu, semakin pelbagai.

Terkini Ahmad Khariri disahkan perlu menjalani pembedahan pada 10 November 2009 untuk kes adhesion colic. Beliau memerlukan pembiayaan sejumlah RM12,000 untuk pembedahan ini dilakukan.

Saya dengan penuh rasa rendah diri, merayu kepada para pengunjung blog Saifulislam.Com ini menghulurkan bantuan seikhlas mungkin bagi membantu saudara kita ini. Panjangkanlah juga pesanan ini kepada sesiapa sahaja yang saudara saudari rasakan boleh membantu beliau.

Ahmad Khariri al-Hadi Md Yusop boleh dihubungi di talian 017-6351057 atau email

Sumbangan juga boleh disampaikan terus melalui akaun bank beliau di MAYBANK, 162106646530.

Selasa, November 10, 2009

Ubat Sakit Kaki

Inilah pil @ maajun yang kutelan 2 biji di waktu pagi dan dua biji di waktu petang. Tapi .. sejauh mana keberkesanannya, wallahhuaklam. Yang kutahu, sejak Jumaat lepas, Alhamdulillah, kaki ini kurang sakitnya...

Tak boleh tidur

Terjaga jam 3 pagi. Tengok En. Suami tiada. Hish.. ke mana pula dia? Ke klinik atau hospital ke? Ada dua tiga kali jadi macam tu. Bila sakit, senyap-senyap dia pergi ke klinik atau hospital bersendirian. Tapi, tak ada pulak dia mengadu sakit perut ke, tak sedap badan ke.

Aku pulak mimpi yang bukan-bukan. Akhirnya aku bangun. Jenguk ke bawah. Rupanya En. Suami sedang menonton tv. Tak boleh tidur la tu. Ambil wudhu, solat. Kemudian masuk bilik Along, ambil laptop nak tunjukkan gambar bayi kat suami. Terus dia ajak aku keluar, cari teh tarik. Mak Andeh dengan Pak Andeh dua orang ni keluar gi cari kedai makan/restoran. Waktu begini, yang bukak hanya Restoran Mamak. Sorang pesan teh tarik, sorang milo panas. Order roti canai satu, yang datang dua. Makan ajelah. Semua sekali RM4.70.

Balik ke rumah, terus masak air dan rebus telur untuk buat sandwich sambil menaip catatan ini!

Isnin, November 09, 2009

Kesian bayi ni..



Baru dilahirkan semalam. Berat lebih 3kg. Ibunya nak 'lepaskan' dengan harga RM13k. Adoiii. Atau bayar dulu RM5k. Memang pun aku tak mampu. Tapi memang comel. Kesian dan sayang kalau terlepas ke orang yang berlainan agama walau apapun status anak ini. :(

Catatan Perjalanan

Sabtu lepas aku, En. Suami, bangcik dan adik ke Teluk Intan. Kami melalui jalan Kuala Selangor, Sabak Bernam dan terus ke Teluk Intan. Perjalanan mengambil masa sehingga 3 jam. Selalunya, kalau ke Teluk Intan, kami melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar melalui Bidor. Kali ini, sengaja bawa anak-anak melalui jalan lama. Bangcik yang duduk di belakang sekali merungut-rungut tak boleh nak baring dengan selesa kerana jalan yang tidak begitu rata. Sesekali merasai pengalaman begitu, kan bagus.. :)

Sampai di Teluk Intan lebihkurang pukul 2.30 petang. Singgah dulu di Kompleks Menara Condong kerana En. Suami dah lapar. Menara ni sebenarnya 4 tingkat sahaja, ya kawan-kawan.. Adik nak masuk ke dalam tu, tapi bukannya ada apa pun. Nak tengok keseluruhan Teluk Intan pun tak nampak!


Ini makanan adik

Ini pula makanan En. Suami


Lepas makan, kami terus ke Anson Hotel untuk daftar masuk. Hujan agak lebat masa tu.


Agak luas juga bilik Deluxe Hotel ni.. dengan kadar RM140 semalam, memang berbaloi. kalau aku datang berenam beranak pun, masih selesa.

Sempat lagi bersiar-siar di tepi Sungai Perak..



Malam.. ada jamuan makan malam di Rumah Rehat Teluk Intan.. layan gambar ajelah.. Pemilik kafe di situ ialah adik perempuan Jamal Abdillah. Masakannya memang sedap. Wanita bertudung hitam dekat pintu itulah orangnya. En. Suami membuat cabutan nombor bertuah dan menyampaikan hadiah. Masa aku menyampaikan hadiah untuk acara sukan, bangcik yang pegang kamera tak ingat pun nak ambil gambar. Di akhir acara, En. Suami dihadiahkan dengan cenderahati berupa bingkai yang mengandungi Surah Al-Ikhlas.









Dua beradik ni, masa orang tidur dia orang berjaga.. nak kejutkan pagi-pagi untuk bersiap memang liat...



Gambar tak jelas sebab jurukamera tak pro. Pagi Ahad bertolak balik ke Kuala Lumpur dan sampai di rumah lebihkurang jam 11.00 pagi.