Klik klik

Jumaat, Januari 29, 2010

Terkejut!

Andainya pagi tadi aku sedih, petang ini pula aku terkejut.

Petang tadi, sementara menanti kedatangan En. Suami untuk menjemputku, aku berbual-bual dengan seorang kawan. Sebenarnya telah seminggu kami tidak bersua muka. Mula-mula aku bercuti. Lepas itu dia pula bercuti. Baru hari ini kami bertemu semula.

Sembang punya sembang, rupanya beliau bercuti kerana meraikan kedatangan adik angkatnya sekeluarga dari Australia. Adik angkatnya (perempuan) semasa kecil tinggal bersama keluarga kawanku itu. Kata kawanku, anak adik angkatnya itu bukan beragama Islam. Fikirku, mungkin itu anak suami wanita itu (suaminya lelaki Inggeris). Rupanya, fikiranku silap. Suami dan anak2 wanita Melayu itu bukan Islam.

Yang membuatkanku lebih terperanjat bila kawanku berkata, 'tak apalah, dia orang bukan duduk di Malaysia. Lagipun, mereka tak makan b*b*. Minum arak sikit2 tu, biasalah...'. Rasa bagaikan aku tertelan sebiji durian! Hukum mana pulak yang kawanku pakai? Hendakku bawa berdebat, aku bukan orang yang arif. Kebetulan pula, suamiku pun sampai untuk menjemputku.....

Sedih!

Dari 10 orang remaja Melayu Islam yang ditanya bilakah tarikh kelahiran Rasulullah s.a.w, hanya 2 yang dapat menjawab - itu pun tidak tepat. :(

Rabu, Januari 27, 2010

Hiperhidrosis


Sering berkeringat yang berlebihan di telapak tangan dan kaki merupakan salah satu manifestasi hiperhidrosis (pengeluaran keringat yang berlebihan). Hiperhidrosis yang hanya terjadi secara lokal di telapak tangan dan kaki (juga ketiak), biasanya disebabkan stimulasi emosi dan atau suhu (Stimulasi emosi kadang lebih kuat dibandingkan stimulasi suhu). Hiperhidrosis ini biasanya mulai timbul ketika masa kanak-kanak atau masa dewasa muda. Biasanya hal ini sering muncul ketika kita sedang mengalami stress (karena tekanan pekerjaan atau menjelang ujian). Selain karena pengaruh emosi dan suhu, hiperhidrosis jenis ini dapat ditemukan pada mereka yang mencandu alkohol.

Hiperhidrosis (berkeringat yang berlebihan) yang terjadi secara general (di seluruh tubuh) dapat merupakan manifestasi klinis yang dapat ditemukan pada beberapa penyakit jantung tertentu, namun hiperhidrosis lokal (hanya di tangan dan atau kaki) bukan manifestasi klinis spesifik penyakit jantung dan atau paru. Hiperhidrosis yang terjadi secara general pun bukan petanda adanya penyakit jantung dan atau paru, karena sering hanya berupa manifestasi klinis yang menyertai, bukan manifestasi klinis utama. Keluhan yang sering ditemukan pada pasien dengan penyakit jantung dan atau paru adalah sesak (kesulitan bernafas) dan nyeri dada. Jadi jika hanya keringat yang berlebihan di kedua tangan dan atau di kedua kaki tanpa disertai keluhan sesak, jantung berdebar-debar, nyeri dada, batuk, atau keluhan yang lainnya, InsyaAllah bukan karena tanda penyakit jantung dan atau paru.


kenapa tiba2 pulak aku berbahasa Indonesia ni?? Sebenarnya aku copy paste saja... malas pulak nak terjemahkan... (dari semalam lagi, tapak tanganku tiba-tiba rasa lembab dan melekit...tapiiii.. yang pastinya, ibu-ibu, bapak-bapak sekalian.. aku tidak mengambil alkohol, ya..)

Selasa, Januari 26, 2010

Jom makan

Tumis midin, buntal kering, gulai ikan, manok masak kicap, goreng sambal belacan bilis campur petai dan nasi beras merah.

Nasi Ayam Penyek versi Sarawak

Biskut kering dan teh O di rumah panjang.

Selasa, Januari 19, 2010

Mari berpantun


Sungguh tinggi pohon kuini
buahnya banyak gugur di perdu
andainya aku tiada di sini
apakah mungkin ada yang rindu?

Harum mewangi bunga melati
basah daunnya disiram kabus
bila rindu bertandang di hati
utuskan doa tulus dan kudus

Wajah yang cantik usah dipuja
akan luntur ditelan masa
aku menghilang bukan sengaja
tidak juga menduga namun terpaksa

:)

Isnin, Januari 18, 2010

Ahad, Januari 17, 2010

Datangkah ilmu pengetahuan hanya dengan memakan pil?

Pagi ini semasa merayau dari blog ke blog, singgah di blog ONDSCENE. Aku suka singgah di blog ini untuk mendapat berita2 terbaru (terBAHARU?) tentang kemalangan atau serbuan yang lengkap dengan gambar terkini.

Pagi ini, terdapat artikel tentang 'ubat cerdik' (dalam bahasaku sendiri). Hmmm.. apakah mungkin hanya dengan memakan pil, anak2 akan menjadi cerdik. Senanglah kalau begitu. Tak perlu susah payah belajar, mentelaah, mengulangkaji. Telan saja pil. Pergi ke sekolah sekadar syarat. Boleh jadi pandai. Cemerlang dalam peperiksaan.

Sama juga macam yang taksub pada kecantikan. Tak perlu berdiet, tak perlu bersenam. Telan pil. Jadi langsing. Sapu krim di muka, dapat wajah yang cerah berseri.

Model yang digunakan untuk produk kecantikan biasanya mereka yang memang dah kurus semulajadi, memang dah cantik dan kulit memang dah putih bersih.

Dalam hal produk kecerdikan pula, susah hendak kukatakan. Budak yang petah itu, dieksploitasi (betul ke ejaanku ini?) sepenuhnya oleh keluarga dan mereka yang nampak peluang untuk mengaut keuntungan secara mudah.

Yang jadi mangsa? FIKIRLAH SENDIRI....

Jumaat, Januari 15, 2010

Perlukah aku dibedah?

Pagi tadi pergi ke Klinik Pakar Ortopedik di Hospital Sungai Buloh. Penerangan yang diberikan oleh Mr. H dan Dr. S berkenaan tulang belakangku berdasarkan gambar dari MRI Scan adalah amat jelas.

Kata Mr. H, 90% dari pesakit tulang belakang atau slip disc, boleh baik dengan sendirinya andai mengikut peraturan tertentu dalam tempoh 2 tahun. 10% lagi akan mengalami sakit yang semakin teruk dan perlu dibedah sekiranya ingin sembuh. Aku tak pasti aku masuk dalam golongan yang mana. Yang pasti rasanya dari hari ke hari, kakiku semakin sakit. Sekarang aku mula merasa kebas-kebas di kaki terutama di hujung jari. Tumitku pula terasa sakit mencucuk-cucuk.

Sepatutnya aku akan kembali berjumpa dengan Dr. S, Khamis depan. Disebabkan ada urusan yang tidak dapat dielakkan, temujanji ditetapkan pada Khamis 2 minggu lagi.

Kata Mr. H, perumpamaan kalau dilakukan pembedahan (pembedahan kecil dengan peralatan serba canggih) bagaikan mencabut daging yang terselit dicelah gigi. Sebaik dicabut daging tersebut, kesakitan terus tidak terasa lagi. Klinik Pakar Ortopedik Sg. Buloh merupakan pusat pembedahan tulang belakang bagi Negeri Selangor.

Apa pun keputusannya nanti, mudah-mudahan memberikan harapan untuk aku tidak lagi menanggung kesakitan yang berterusan. Insya Allah.

Khamis, Januari 14, 2010

Fikirkanlah perasaan orang lain..



Bukan maksudnya kita kena bermuka-muka, berpura-pura mengambil berat dan bersikap baik hati tanpa usul periksa terhadap orang lain. Tapi apakah tidak bersalah, kalau kita dengan sengaja mengguris perasaan orang lain? Sengaja berbisik-bisik sesama kita, dan dengan tiba-tiba diam membisu bila seseorang menghampiri kelompok kita? Mungkin kita bercakap sesuatu yang memang perlu dirahsiakan. Janganlah pula sampai boleh menimbulkan syak dan fitnah.

Psstttttt....Sebenarnya aku tak punya ilham untuk dicoretkan.

Rabu, Januari 13, 2010

Kelas Ejaan


Saja suka-suka nak buka kelas ejaan hari ini, semoga ada manafaatnya. :)

Esok bukan esuk
oleh bukan olih
boleh bukan bolih
tengok (pandang) bukan tenguk
tempoh (menunjukkan waktu) bukan tempuh


lagi apa ya, Babah?
bukan apa, kadang-kadang tak seronok juga membaca bila perkataan-perkataan itu disalah eja. :)

Selasa, Januari 12, 2010

Dawn







Dawn

Ecstatic bird songs pound
the hollow vastness of the sky
with metallic clinkings--
beating color up into it
at a far edge,--beating it, beating it
with rising, triumphant ardor,--
stirring it into warmth,
quickening in it a spreading change,--
bursting wildly against it as
dividing the horizon, a heavy sun
lifts himself--is lifted--
bit by bit above the edge
of things,--runs free at last
out into the open--!lumbering
glorified in full release upward--
songs cease.

William Carlos Williams

Isnin, Januari 11, 2010

Rakyat

aku hanya RAKYAT biasa
kononnya aku termasuk dalam golongan yang diutamakan
oleh pemimpin yang mesra RAKYAT

alangkah bagusnya ....
jika aku tiada hutang di Bank RAKYAT
semata-mata kerana tuntutan kehidupan
dengan segala harga barang
yang melambung naik tanpa sedar
dengan kos perubatan di hospital swasta
yang memungkinkan
seorang pesakit menemui ajal
sebelum mendapat rawatan

boleh sahaja ke hospital yang dibina untuk RAKYAT
tapi sabarlah untuk menunggu giliran
sabarlah dengan dugaan-dugaan yang tak terduga
kerana kita hanyalah RAKYAT
bukannya pemimpin yang berjiwa RAKYAT...

Ahad, Januari 10, 2010

Juara Rakyat?

hmmmmmmm.... apa-apa ajelah labuuuuuuuu....

nyanyi jangan tak nyanyi...

jangan lepas ini menadah hujan untuk minum

memamah daun untuk makan dahle

Jumaat, Januari 08, 2010

Desas desus

kononnya elaun kos sara hidup (COLA) anggota dan pegawai penjawat awam akan ditarik balik oleh Kerajaan... hmmmmmm... itu desas desus ya kengkawan. Tapi, acapkali juga angin sepoi-sepoi bahasa akhirnya menjadi ribut taufan!

Ini menteri cakap : Harga minyak tidak akan diNAIKkan, tapi akan diBEZAkan mengikut cc kenderaan. Jom ramai-ramai pakat tukar pakai VIVA (kancil dah tak ada keluran baru kan?)

Lagi apa ye?

Khamis, Januari 07, 2010

Beranilah berhadapan...


Bagi yang mengikuti blog ini, mungkin masih ingat tentang kisah isteri kepada kawan suamiku yang sering menelefon, mengadu konon suaminya asyik bermain sms dan bersayang-sayang dengan seseorang (wanita berusia 46 tahun dan belum berkahwin).

Aku namakan siisteri sebagai A, suaminya sebagai B dan wanita yang dikaitkan itu sebagai C.

Kerana merasa agak rimas dengan panggilan-panggilan telefon dan sms-sms setiap hari (dan malam!) dari A, suamiku telah mengambil satu tindakan. Beliau menghubungi C (suamiku dan wanita itu di bawah satu syarikat - suamiku di Ibu Pejabat dan wanita itu di negeri P). C hanya ketawa dan dia menafikan yang dia mempunyai sebarang hubungan dengan B. Malas memanjangkan cerita, suamiku menyuruh C menghubungi A untuk menghuraikan kekusutan yang melingkari antara mereka.

Ternyata C memang berani. Berkali-kali dia menghubungi telefon A untuk bercakap. Yang terjadi sebaliknya pula. A takut untuk menjawab panggilan dari C. Siap dia sms suamiku mengatakan dia menggigil dan belum bersedia untuk bercakap. Pulak dah! Akhirnya C menghantar sms kepada A, 'kak tolong angkat telefon'. A segera mengadu kepada suamiku, 'huh! dia panggil saya KAK sdgkan dia lagi tua dari saya'... Terkekek-kekek suamiku ketawa bila dia menelefonku untuk bercerita tentang apa yang sedang terjadi. (Untuk perhatian para wanita, lelaki akan tertawa dengan kebodohan yang kita tunjukkan walaupun di hadapan kita mereka menunjukkan simpati!)

Akhirnya C berjaya juga bercakap dengan A selama lebihkurang setengah jam. A kemudiannya menelefon lagi suamiku menyatakan rasa bimbangnya takut-takut si C akan mengadu kepada suaminya (B). Aduhhhh... macam-macam hal la pulak. Entah bila nak habis kisah ni...

Rabu, Januari 06, 2010

Gelap!



gelap tanpa cahaya
kelam tanpa sinar

bagai malam tanpa bulan
bak siang kehilangan suria...

Selasa, Januari 05, 2010

Cerita pagi tadi..


Bangun seawal 4.30. En. Suami ajak keluar pergi makan roti canai. Tak mahu kecilkan hatinya, ikut saja. Dia pesan kopi panas, aku pesan milo ais (ambik kau.. sesubuh hari minum ais). Pesan tosei, kongsi makan berdua.

Masa dalam kereta, sembang2 mak alang berdua (syaitan tak jadi yang ketiga sebab dah sah ijab kabul lebih 23 tahun lalu). Dalam sembang2 tu, suami puas hendak mengingatkan nama seorang kawannya. Aku biarkan saja, kot2 dia boleh mengingatinya. Tak ingat2 juga, aku pun sebutlah nama kawannya tu. Memang betul nama yang kusebut. Lalu terjadilah dailog seperti berikut:

Aku : nanti kalau saya mati dahulu, kalau nak kahwin lagi, carilah isteri macam saya (hehehe.. sapa nak puji, kalau tak diri sendiri kan?) yang boleh ingat nama kawan2 suami, yang boleh tunjuk jalan kat suami walaupun tak pandai bawak kereta, yang sakit2 pun tetap masak, yang bla..bla..bla.. termasuk yang kuat berleter..

Suami : nak buat apa? Lebih baik tak payah. Anak2 pun dah besar. Lagipun nanti senang nak berjalan ke sana sini.

Aku : Oooooo.. maknanya saya ni menyusahkan la?

Suami : Saya tak cakap pun macam tu...

Hehehe.. setakat ini, masih boleh percaya kat En. Suamiku itu walaupun tak 100%. Orang tak betul je yang boleh letak kepercayaan 100% pada pasangannya. Biarpun dah kahwin 50 tahun.. jangan buat hal, hati manusia sentiasa berbolak balik. Itu pendapat peribadiku, ye kawan2. Nanti ada pulak yang melenting tak pasal2...

Menaruh Harapan


Sepanjang perjalanan ini
Lembah dan lurah ku lewati
Ketenangan yang ku cari
Belum ku temui

Ku menghimpun doa bertahun
Mencari pepohon yang rimbun
Bertemu dahan yang rapuh
Tempat ku berteduh


Dulu aku sendiri
Kini masih sendiri
Hadapi hidup ini
Susah senang diri ku
Tak bertempat mengadu
Seperti burung kepatahan sayap...
Dihati kecil ku menaruh harapan...

Selagi hidup belum sudah
Aku akan terus melangkah
Ku yakin rahmat buat ku
Di hadapan menunggu...

Isnin, Januari 04, 2010

Selamat kembali ke sekolah



untuk anak-anak
jangan jemu menuntut ilmu
semuanya untuk masa depanmu
agar tidak membesar bagai kelkatu
yang sirna dek cahaya lampu
agar kalian dapat membezakan
mana kaca mana batu
mana intan mana berlian
harta yang ada bukan jaminan
andai hidup tanpa pedoman


untuk para guru
didiklah mereka bagai anak-anakmu
usah resah usah jemu
bukan nama jadi buruan
kejayaan mereka adalah kepuasan
yang tak mungkin dapat dinilaikan

Sabtu, Januari 02, 2010

Kadang-kadang

aku rasa kecil hati
terasa bagai dipinggir
jauh dari ingatan sesiapa
tersingkir tidak dipeduli....

Jumaat, Januari 01, 2010

Apa yang berbeza

1/1/2010 - hari ini.
31/12/2009 - semalam.

Apa yang berbeza selain dari tarikh?

hari ini harga gula naik 20sen berbeza semalam....

ada harapan harga minuman akan naik.
Harga roti canai yang tak guna gula mungkin tak naik tapi semakin ringan dan nipis..

Lagi??? tunggulah esok-esok.. harga minyak mungkin naik diikuti dengan kenaikan harga lain-lain barang. Kenaikan-kenaikan yang turut memungkinkan tekanan darah menjadi naik!

Malas dah nak fikir... stesyen TV masih juga menyajikan cerita2 tahyul...

Selamat Tahun Baru 1Malaysia - rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan..hehehe...